Wednesday, 11 June 2014

Senamrobik ...



eeehhhh....aaaahhhhhh !!



tu dia ..senam jangan ta senam ! entri kali ni kami akan menceritakan aktiviti yang sangat disukai ramai iaitu senamrobik ! yeeehaaaaa... 

Apa itu Senaman Aerobik?

 Tubuh badan kita seakan jentera atau kereta yang memerlukan bahan pembakar utk menghasilkan tenaga baik menjalankan aktiviti.Bahan pembakar ini adalah lemak dan gula yang datang dari makanan. Aktiviti fizikal pula bergantung kepada jumlah oksigen dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang mengambil jangkamasa lama utk dilakukan iaitu lebih dari 30 minit,juga dikenali sebagai AKTIVITI atau SENAMAN AEROBIK.

 Bagaimana Kita Tahu Zon.Aerobik? 
Tiap-tiap individu mempunyai kadar denyutan maksimum..
Sebagai panduan ringkas,gunakan formula berikut utk mengetahui kadar denyutan maksimun anda.


 220-umur (tahun) = kadar denyutan maksimum.
Zon senaman aerobik terletak pada tahap 60-80% kadar denyutan maksimum anda.Pastikan anda tahu mengira denyutan jantung anda utk memudahkan anda memantau tahap senaman anda dalam Zon aerobik.

 Kenapa Perlu Aerobik?
Anda hanya boleh menjadi cergas dengan BERSENAMROBIK secara tetap dan berterusan selama sekurang-kurangnya 20-30 minit,pada tahap yang sesuai untuk usia anda.Kesan senaman ini hanya kekal buat jangka masa yang pendek.Oleh itu,anda perlu terus bersenam secara tetap.

Contoh kegiatan senaman aerobik ialah berjoging,menunggang basikal,mendayung,berenang,merentas desa,sukan ski dan lain-lainnya.Sukan lain seperti bola tampar,golf dan tenis merupakan rekreasi yang baik,tetapi tidak membina kapasiti aerobik asas kerana pergerakkannya terhenti-henti dan tidak berterusan secara tetap.Bagi golongan yang kurang cergas dan tidak aktif secara fizikal serta wargatua,contoh senaman aerobik yang sesuai adalah berjalan kaki.

Empat Komponen Kecergasan Yang Berkaitan Dengan Kesihatan Berikut Diperlukan Bagi Menjalani Kehidupan Yang Sihat;
1 Ketahanan Kardiorespiratori (Cardiorespiratory Endurance) 
Jantung menyalurkan oksigen dan nutrien yg diperlukan ke semua organ penting tubuh bagi membekalkan tenaga untuk senaman berirama yang panjang.senaman meningkatkan kekuatan jantung dan ini akan meningkatkan kecekapan pengepaman darah ke seluruh tubuh.

2 Kekuatan dan Ketahanan Otot (Muscle Strength and Endurance)
Kekuatan otot ialah daya yang dihasilkan apabila sekumpulan otot mengangkat,menggerakkan,atau menolak suatu rintangan.Ketahanan otot adalah keupayaan otot mengecut secara berterusan atau mengecut berkali-kali pada jangka masa tertentu.

3 Komposisi Tubuh (Body Composition) 
 Kandungan tubuh merujuk kpd nisbah lemak badan berbanding tisu tubuh tampa lemak.Nisbah lemak badan yang disyorkan bagi lelaki adalah lebih kurang 12-17% Bagi Wanita pula,nisbahnya adalah lebih kurang 19-24%. Lelaki dan Wanita yang masing-masing mempunyai lemak sebanyak 20% dan 30% dianggap Obes. 

4 Kelenturan (Flexibility) 
Kelenturan melibatkan pergerakan sendi melalui julat pergerakkan yang sepenuhnya.Penghalang julat pergerakkan mungkin menghalang pergerakkan sempurna dan menyebabkan pergerakkan menjadi tidak cekap.Ia juga mungkin mengakibatkan kecederaan ligamen dan tendon,postur yang tidak baik,serta sakit pinggang.Pengurangan kelenturan juga dikaitkan dengan ketidak ada kegiatan jasmani dan penuaan.




ikatan tali

Pengenalan
ikatan dan simpulan nie amat penting dalam kerja-kerja menyelamat ataupun Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa.
simpulan (knotting) dan ikatan (lashing).

Antara ikatan dan simpulan yang saya belajar adalah :

1) Thumb Knot (ikat mati)
Fungsi : penahan, menyambung dua hujung dan mengemaskini hujung yang terburai

kekurangan : susah hendak di buka






2) Reef Knot (buku sila)
Fungsi :
  • untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz 
  • digunakan untuk menyambung tali khemah, anduh dan hadiah
  • senang ditanggalkan
  • dikenali sebagai left over right, right over left
Teknik :
  • Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
  • Masukkan hujung A dibawah B.
  • Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.


3) Clove Hitch 1
Fungsi :
  • Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
  • Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.



4) Clove Hitch 2
  • simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin, seperti kayu, botol, hujung pacang khemah, dan sebagainya,
  • mudah disimpulkan dan ditanggalkan
Rajah clove hitch 1 & 2





5) Figure of eight
Fungsi : sama dengan simpul mati iaitu sebagai penahan tetapi lebih mudah dibuka.



6) Figure of eight on a bight
Terbentuk daripada "gelungan" tali. 
Fungsi : untuk kerja-kerja seperti  belay set up, menyelamat, memanjat


Figure Eight On A Bight








7) Figure of eight follow the through
ikatan yang rumit sedikit, fungsinya sama seperti figure of 8 a bight, tetapi digunakan pada keadaan dimana objek yang hendak disangkut pada 'bight' tidak boleh disarungkan.
cara-caranya tali yang ke dua perlu mengikut simpulan figure of eight 1 melalui bahagian kiri dan kemaskan.











8) Body Bowline Knot
Simpulan penyelamat.

Bowline mewujudkan gelung di hujung tali yang tidak boleh mengecut atau mengembangkan. Bowline ini juga dikenali sebagai simpulan penyelamat untuk tujuan seperti menyelamatkan orang-orang yang mungkin telah jatuh ke bawah lubang, atau dari tebing ke tebing.

Simpulan ini adalah sangat mudah untuk mengikat. Caranya dengan hujung tali 2 sebagai arnab yang masuk kedalam lubang, kemudian keliling tali 1 yang sebagai pokok dan arnab kembali masuk ke lubang tersebut serta kemaskan..siap..! ^_^


9) Fisherman Knot
Fungi : untuk simpulan pengail atau ikatan tali yang licin.
Caranya adalah dengan menggunakan dua tali, ikat tali 
pertama tapi tidak tercerut kemudian ikat tali kedua. kedua-dua ikatan boleh ditarik. 




10) Double Fisherman Knot
Fungsinya sama dengan Fisherman knot 1. 
Cara ikatannya lebih rumit sedikit tetapi senang untuk digunakan. Pastikan ikatan kedua-duanya boleh ditarik dan bersilang dalam keadaan yang betul seperti dalam gambar rajah dibawah.


Terdapat banyak lagi cara ikatan dan simpulan yang boleh kita belajar, ini antara yang mudah difahami dan senang untuk digunakan dalam pelbagai keadaan..selamat mencuba.. ^_^