Tuesday, 13 May 2014

jom kenali kayak !



hai semua....u all mesti dah kenalkan apa itu KAYAK or canoe.. mesti semua berfikir yang kayak ni mcam sampan yang biasa muda mudi berdating kat tasik naik kayak...hahahaa kayak yang ada di tasik titiwangsa, tasik ayer keroh adalah kayak jenis leisure...ialah jenis riadah or santai. Dalam blog ramoaz ada juga menceritakan pasal kayak
               

 Ok sebelum kita pergi lebih jauh lagi apa kata saya bgtau kat u all tentang sejarah KAYAK. kayak sebenarnya telah bermula seawal peradaban manusia lagi. ini kerana air merupakan sumber pengangkutan utama bg mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan pertempatan manusia dahulu berpusat di pinggir sungai. Mereka yg tinggal di kawasan hutan dan kaya dgn sumber alam seperti pohon kayu mereka menebuk atau membakar teras kayu dan menjadikannya sebagai kenderaan air. Ia dinamakanDugout atau Kolek. 

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DUNIA

aktiviti kenu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Namun begitu, tokoh terkenal iaitu John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya kayak kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan. beliau telah digelar sebagai Bapa Kayak Moden sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkembangan aktiviti kayak.
Beliau adalah seorang pelaut British. pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan pelbagai pengalaman.
Pada tahun 1866, kelab kenu pertama di dunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kenu  di seluruh England terutamanya di kalangan pelayar dan golongan atasan British. Tujuh tahun kemudian kelab ini telah melahirkan ramai penggiat aktiviti kayak.


ANATOMI KAYAK

Kayak mempunyai bahagian yang penting:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bow= muncung bahagian hadapan
Stern= muncung bahagian belakang.
Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.
Fungsinya->memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak


2. PORT SIDE DAN STARBOD SIDE

Port side = bahagian kiri kayak
Starbod side = bahagian kanan kayak


3. HULL

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.


4. DECK (GELADAK ATAS)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.
Kegunaan ->menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

5. TOGGLES

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat dibahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya->memudahkan mengangkats esebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing.


6. COCKPIT

Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.


7. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk pedayung terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti arus deras dan tempat duduk boleh laras.


8. COAMING

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit.
Fungsi ->untuk menghalang air daripada memasuki cockpit.


9. KNEE BRACE

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck.
Fungsi->untuk menyokong lutut pedayung dan member cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.


10. TOWLINE/DECKLINE

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga kebahagian stern. Fungsi ->sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline


11. KEEL

Terletak di bahagian geladak bawah kayak.
Fungsi->untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

12. FOOTREST

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung.
Fungsi->memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lower back dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran

13. HATCHES

Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck.
Fungsinya->menyimpan peratlatan diri dan perkhemahan.

PENDAYUNG (PADDLE)

* Berfungsi untuk mengerakkan kayak
* Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya
Berlawanan kedudukan.


ANATOMI PENDAYUNG





1. Blade (Bilah mata dayung)
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung.
Fungsi->mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

2. Tip (Pelindung mata dayung)
Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.
Fungsi->melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)


3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.


4. Neck (Leher pendayung)
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.


5. Drip ring (bulatan getah)
Diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.
Fungsi ->menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring


6. Front of blade (muka dayung)
Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.


JAKET KESELAMATAN ATAU BOUYANCY AID ATAU PFD( personal floatation devices)


Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Bahan bantuan apungan yang berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Ia bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

PFD adalah ‘Personal Floatation Devices’ (juga dikenali sebagai jaket keselamatan, penyelamat kehidupan, pelampung dan pakaian pengampungan. Alat ini direka untuk membantu pemakainya, samaada sedar atau tidak sedarkan diri, untuk bertahan.


survival !

PENGENALAN





Ikhtiar hidup

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.

Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi ikhtiar hidup.

1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman.

2)Ancaman binatang.

3) Masalah perlindungan.

4)lain-lain

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup

Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

Kawalan diri – dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

Kerjasama – jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Persiapan.

Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi.

-tahap kecergasan yang mencukupi

-latihan yang perlu dilakukan

-Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi

-langkah-langkah keselamatan

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1)      Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2)      Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3)      Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil

-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-1 @2 batang lilin

-1 kotak mancis api/1 pemetik api

-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)

-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.

Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.

Jom cuci mata dengan gambar-gambar ahli kumpulan kami.....................





Apa itu Rekreasi???


Pengenalan Rekreasi

Mari kita kenali dengan lebih rapat tentang rekreasi. Pertama sekali mari kita ketahui definisi tentang rekreasi.

Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.

Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu :

i) Rekreasi dalam (in-door)
   Aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat yang tidak terdedah kepada cahaya.
   Contoh : Badminton, squash, boling

ii) Rekreasi luar (out-door)
   Aktiviti luar di mana aktiviti tersebut dijalankan di luar dan terdedah kepada cahaya matahari.
   Contoh : Abseiling, bola sepak, perkhemahan


B) Jenis Rekreasi

JENIS-JENIS REKREASI

Rekreasi Fizikal
Definisi : Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu tersebut.
Contoh  : Berbasikal, berjoging

Rekreasi Sukan
Definisi   :Aktiviti yang memerlukan beberapa buah pasukan untuk bermain.
Contoh   : Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar, Bola keranjang

Rekreasi Sosial
Definisi   :Aktiviti rekreasi ini memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam                        kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Contoh    :Sukan rakyat, Sukaneka

Rekreasi Mental / Linguistik
Definisi    :Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda
Contoh    :Memanah, debat, pidato

Rekreasi Terapuetik

Contoh    :Muzik, senamrobik

Gerak tari
Definisi    :Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki,                               tangan, kepala anggota badan yang lain
Contoh     :Yoga, tai chi

Drama
Definisi   :Aktiviti ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.
Contoh    :teater

Tuan Tanah kedaung

Selamat datang ke dunia rekreasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan . 

Hamboiii permulaan ayat nak bunga-bunga. ^,^ Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian aiman's Group blog adalah kepunyaan seorang jejaka dan tiga orang gadis.Tujuan blog ini diadakan kerana merupakan salah satu tugasan yang perlu dilakukan di dalam keab rekreasi HSM225 UITM Kedah. Kelab rekreasi ini dibawah pimpinan Puan Faridah Binti Abdul Rahim.


jeng....jeng....jeng ...............




mari kita lihat siapakah gerangan tuan tanah kedaung bagi blog ini !






Aiman Asyraf Bin Malek

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UITM Kedah

Part 4














Nurul Nasuha Binti Kassim

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UITM Kedah

Part 4














Nurazliyana Binti Hazmi

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UITM Kedah

Part 4



















Nor Athirah Syazwani Binti Saidon

Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam UITM Kedah

Part 4